Monday, 10 October 2016

FRIENDSHIP IS THE HARDEST THING IN THE WORLD TO EXPLAIN. IT'S NOT SOMETHING YOU LEARN IN SCHOOL. BUT IF YOU HAVEN'T LEARN THE MEANING OF FRIENDSHIP, YOU REALLY HAVEN'T LEARNED ANYTHING. 

Hi everyone!! Welcome to my blog.

Kenangan semasa sekolah menengah adalah kenangan yang paling berharga. Samaada pahit atau manis semuanya berharga. Di sini saya akan kongsikan cerita semasa Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.  





  




























Walaupun hanya ada 21 orang sahaja dalam kelas namun suara kami mengalahkan suara orang yang beratus-ratus. Sampaikan didengar dari bilik guru. Disebabkan itu kelas kami dikenali dengan pelajar yang nakal. Pantang ditinggalkan sekejap pasti keadaannya seperti di pasar. 







2 minggu sebelum SPM bermula, kami telah membuat jamuan. Oleh sebab kami sibuk dengan Program SPM, kami hanya boleh membuat jamuan di kelas. Walaupun tidak boleh membuat jamuan di luar, kami tetap membuatnya di dalam kelas. Bagi kami jamuan itu adalah penting kerana jamuan itu merupakan jamuan terakhir kami bersama. Tidak kesahlah jamuan itu dibuat di luar atau di kelas.






Banyak kenangan yang kami bina bersama dalam majlis itu. Antaranya, kami berkongsi makanan dan mengambil gambar bersama. Di kesempatan itu, kami telah memohon maaf sesama sendiri. Kami juga telah berjanji untuk tidak melupakan persahabatan yang telah kami bina selama dua tahun kami bersama. kami berjanji untuk sentiasa berhubung walaupun sudah membawa haluan masing-masing.








Kami juga telah memohon maaf kepada semua guru yang mengajar kami. Lebih-lebih lagi sebelum itu kami telah bergaduh dengan guru Sejarah kami. Kami dimarahi kerana tidak hadir ke kelas tambahan Sejarah. Kami mengatakan bahawa kami tidak hadir kelas tambahan sejarah kerana ada pelajar yang memberitahu bahawa kehadiran adalah tidak wajib. Jadi kami pun tidak hadir. Maklumlah jika diberi pilihan samaada hadir atau tidak semestinya kami memilih untuk tidak hadir. Alasan yang kami berikan tidak diterima dan akhirnya kami telah dipukul menggunakan rotan. Guru Sejarah kami mengatakan bahawa kami adalah kelas Sains yang paling teruk. Semua kami menangis. Bukan kerana kesakitan di tangan kami tetapi kerana berasa bersalah dan merasakan bahawa apa yang dikatakan oleh guru Sejarah kami adalah betul. Namun, itulah kenangan yang tidak dapat dilupakan. Kenangan yang memberi seribu makna.







Di kesempatan itu juga kami telah memberi hadiah kepada semua guru yang mengajar kami. Walaupun hadiahnya tidak seberapa tapi yang penting kami ikhlas memberinya. Hadiah itu adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kami kepada semua guru yang telah mengajar kami. Mereka telah bertungkus lumus mendidik kami menjadi orang yang berguna. Jasa mereka tidak dapat kami balas dengan wang ringgit kerana terlalu banyak. Kami hanya mampu mendoakan kebahagiaan dan kesihatan mereka sahaja.




                         


Walaupun sekolah nya bukan terletak di bandar dan tidak semaju sekolah lain namun saya tetap berasa bangga dan bersyukur kerana sekolah di situ. Saya diajar oleh guru-guru yang sangat berdedikasi dan penyayang. Mereka tidak pernah mengeluh melayan karenah kami yang nakal ini. Mereka sangat bersemangat mengajar kami dan mereka sanggup mengajar kami pada waktu petang dan malam. 4 bulan sebelum SPM kami ada kelas pada hari sabtu dan juga ketika cuti. Guru-guru kami tetap hadir untuk memberi tunjuk ajar kepada kami. Saya sangat bersyukur diajar oleh mereka. Saya juga berasa bersyukur kerana bersekolah di sekolah yang dinamakan SMK MERADONG.

Setakat ini sahaja yang saya dapat kongsikan. Saya berterima kasih kepada kalian kerana membaca blog saya. 
Thank you for visit my blog.